Selamat menunaikan ibadah puase...semoga segala amalan kita diberkati dan mendapat keredhaan, rahmat & keampunan dari Nya....Amin
Ganjaran Pahala Ibadah dan Fadhilatnya:
Ganjaran pahala mereka yang mengerjakan amal ibadah dalam bulan Ramadhan adalah berlipat ganda. Ibadah fardhu diberi pahala sehingga 70 kali ganda; manakala ibadah sunat diberi pahala seperti ibadah fardhu. Pada keseluruhannya, bulan Ramadhan ini terbahagi kepada 3 bahagian:
1. Untuk mendapat rahmat Allah SWT yg mencurah-curah
2. Untuk mendapat keampunan Allah SWT
3. Untuk mendapat pelepasan dari azab neraka.
Fadhilat Yang lain-lain:
* Mereka yang berpuase akan mendapat balasan syurga
* Doa orang yang berpuase dimakbulkan Allah SWT
* Orang yang berpuase mendapat 2 kegembiraan iaitu semasa berbuka puase dan apabila bertemu dengan Allah pada Hari Kiamat kelak
* Orang yang berpuase mendapat peliharaan Allah SWT
* Orang yang berpuase disertai menjauhi segala larangan semasa berpuase dan mengerjakan amal ibadah sunat seperti bertahlil, bertasbih dan seumpamanya, akan dibinakan mahligai yang indah di syurga
* Setiapkali sujud orang yang berpuase Ramadhan dikurnia 1,700 kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan 70,000 malaikat memohonkan keampunan baginya dari pagi hingga petang
No comments:
Post a Comment